IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kemasukan pelajar lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tetap tertakluk kepada syarat ketat sama seperti lulusan sekolah di luar sistem pendidikan kebangsaan yang lain.
Beliau berkata antara syarat utama bagi melayakkan mereka mendapat tempat di universiti awam ialah wajib lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.
“Sekarang ini sekolah antarabangsa kita letak syarat kan? (syarat sama), sekolah antarabangsa itu anak-anak Melayu ramai, anak-anak Malaysia. Jadi kita syaratkan yang sama.
"Maahad Tahfiz dan sekolah Arab yang dulunya mengajar semua kurikulum dalam bahasa Arab tetapi tidak memberi penekanan tentang bahasa Melayu dan sejarah, kita berikan syarat yang sama. Itulah sebabnya mengapa kita buat keputusan (beri laluan kepada UEC),” kata Anwar.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-55, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
[BERITA LANJUT MENYUSUL]