Skip to main content

Malaysia

Joshua Harris dicalon sebagai Duta Besar AS baharu ke Malaysia

Joshua Harris, diplomat. Kredit: Laman web Jabatan Negara AS
Menurut notis pencalonan di laman web rasmi White House, Harris yang berasal dari Maryland dinamakan sebagai Duta Besar Luar Biasa dan Mutlak AS ke Malaysia - Foto Jabatan Negara Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) mencalonkan diplomat kerjaya, Joshua Harris sebagai Duta Besar AS yang baharu ke Malaysia.

Menurut notis pencalonan di laman web rasmi White House, Harris yang berasal dari Maryland dinamakan sebagai Duta Besar Luar Biasa dan Mutlak AS ke Malaysia.

Berdasarkan maklumat di Jabatan Negara AS, Harris merupakan diplomat berpengalaman yang mempunyai kerjaya selama beberapa dekad dalam kepimpinan peringkat tinggi serta mewakili negara itu dalam pelbagai tugasan antarabangsa.

Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Penolong Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Asia Barat di Jabatan Negara AS, dengan menyelia dasar diplomasi Washington terhadap Algeria, Mesir, Libya, Maghribi dan Tunisia.

Menurut kenyataan itu lagi, Harris turut pernah dicalonkan sebagai Duta Besar AS ke Algeria pada 2024.

Beliau juga pernah menjalankan tugas sebagai Kuasa Usaha (Chargé d’Affaires) di Kedutaan AS di Iraq, selain berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Misi di Tripoli, Libya.

Pengalaman diplomatik Harris turut merangkumi tugasan di Ljubljana, Slovenia; Baghdad, Iraq; dan Zagreb, Croatia.
 

Must Watch Video

Advertisement