Skip to main content

Malaysia

Jalan Taman Datuk Senu: Pengambilan tanah dijangka selesai 3 hingga 4 bulan

[TB]_Hanna yeoh_Astro Awani
Hannah (tiga, kiri) dan Fadlun (dua, kiri) pada majlis pelancaran Downtown Kuala Lumpur Grants Programme 2026 dan Downtown Kuala Lumpur Collective Day di ODEON Kuala Lumpur, pada Selasa. - Gambar/ Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Proses pengambilan tanah bagi Jalan Taman Datuk Senu, Sentul dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bagi memastikan laluan utama yang digunakan penduduk setempat itu terus dikekalkan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Fadlun Mak Ujud berkata, proses itu telah dimulakan sejak awal Februari lalu, dengan permohonan rasmi dikemukakan kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) selaku pihak berkuasa yang mengendalikan urusan pengambilan tanah.

"Pengambilan tanah bukan dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL. Ketika ini proses mendapatkan kelulusan sedang berjalan sebelum diikuti perwartaan dan pembayaran pampasan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Program Geran Pusat Bandar Kuala Lumpur 2026 dan Hari Kolektif Pusat Bandar Kuala Lumpur yang dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, di ODEON Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Fadlun, tempoh penyelesaian bergantung kepada kelancaran setiap peringkat proses termasuk penilaian pampasan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).

“Kita cuba mempercepatkan proses ini. Jika semuanya berjalan lancar, kita harap dapat diselesaikan dalam tempoh tiga hingga empat bulan," katanya.

Isu berkenaan menjadi perhatian selepas timbul kebimbangan penduduk bahawa laluan utama yang merentasi tanah milik persendirian itu berkemungkinan ditutup, susulan tuntutan pemilik tanah.

Keadaan itu boleh gus menjejaskan akses harian beberapa kawasan perumahan di sekitarnya.

Sebelum ini, DBKL memaklumkan Jalan Taman Datuk Senu tidak akan ditutup selepas pertemuan bersama wakil pemilik tanah yang terlibat.

Keputusan itu dicapai selepas pemilik tanah bersetuju mengekalkan laluan berkenaan, manakala DBKL akan menyelaras proses pengambilan tanah bagi memastikan kepentingan awam serta akses penduduk setempat terus terpelihara.

 

Must Watch Video

Advertisement