KAZAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyingkap jenaka yang dikongsinya bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin sewaktu pertemuan terakhir mereka pada 14 Mei tahun lalu.
Dalam pertemuan mereka di Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia hari ini, Anwar secara berjenaka mengingatkan Putin bahawa beliau masih setia kepada Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai satu-satunya isteri beliau.
“Jenaka tiga takhta (yang ditanya Putin pada Mei 2025) menjadi tular di seluruh dunia, tapi saya masih beristeri satu,” kata Anwar.
Kenyataan tersebut mengundang gelak tawa daripada Putin serta delegasi Rusia yang menyertai mesyuarat tersebut.
Dalam satu kiriman ke media sosial, Anwar kemudian berkata pertemuan antara Putin dan dirinya berlangsung dalam suasana cukup mesra dan penuh keakraban, di sebalik gurauan tersebut.
Dalam pertemuan bersama Presiden Putin, saya sekali lagi singkap kisah tiga takhta di Dewan Agung St. Andrew yang pernah menjadi bahan jenaka antara kami.
Rupa-rupanya cerita itu bukan sahaja kekal dalam ingatan, malah menjadi tular hingga ke serata dunia. 😂
Saya sempat… pic.twitter.com/HCpG1eYnDC— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) June 18, 2026
“Ia mencerminkan hubungan baik yang terus diperkukuh antara Malaysia dan Persekutuan Rusia,” katanya.
Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia di Kazan berlangsung dari 17 hingga 18 Jun ini di Kazan, Rusia.