Skip to main content

Dunia

Bunyi tembakan, letupan gegar lapangan terbang ibu negara Niger

[1/3]A satellite image shows Diori Hamani International Airport and military bases after gunfire and explosions, in Niamey, Niger, January 29, 2026. ©2026 Vantor/Handout via REUTERS Purchase Licensing Rights
Insiden bermula sekitar jam 6 pagi waktu tempatan berhampiran pintu masuk utama lapangan terbang, yang turut menempatkan pangkalan udara tentera. -Foto Reuters

NIAMEY: Bunyi letupan kuat dan tembakan dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Diori Hamani, awal pagi tadi.

Menurut laporan Reuters dan BBC News, insiden bermula sekitar jam 6 pagi waktu tempatan berhampiran pintu masuk utama lapangan terbang, yang turut menempatkan pangkalan udara tentera.

Pasukan keselamatan Niger yang berada pada tahap amaran tinggi dilaporkan berjaya menangkis cubaan serangan tersebut.

Pihak berkuasa turut menutup semua laluan ke kawasan lapangan terbang serta perimeter sekitarnya bagi memburu penyerang yang melarikan diri.

Saksi dan penduduk tempatan memaklumkan suspek dipercayai meninggalkan beberapa kelengkapan senjata selepas menerima serangan balas daripada tentera.

Menurut mereka, bunyi tembakan kedengaran selama hampir dua jam sebelum keadaan berjaya dikawal.

Insiden terbaharu ini berlaku beberapa bulan selepas serangan di lokasi sama pada Januari lalu yang dikaitkan dengan kumpulan ekstremis di wilayah Sahel.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab, manakala kerajaan Niger belum mengesahkan jumlah mangsa atau kecederaan.

 

Must Watch Video

Advertisement