ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 18 Jun 2026.
1. CEO Perbadanan Stadium Malaysia didakwa rasuah projek Pusat Skuasy Nasional Bukit Jalil
Iliyas Jamil mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
2. AKPK lantik Azman Hasim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif berkuat kuasa hari ini
AKPK berkata Azman membawa pengalaman lebih tiga dekad dalam industri perkhidmatan kewangan serta hampir 20 tahun berkhidmat di agensi itu.
3. UM naik ke tangga ke-56, kedudukan terbaik dalam QS World University Ranking
Pencapaian itu mengukuhkan kedudukan UM sebagai universiti terbaik di Malaysia serta meletakkannya dalam kelompok 3.7 peratus universiti terbaik dunia.
4. 1,336 calon STPM 2025 raih PNGK 4.00, meningkat berbanding tahun sebelumnya
Bilangan calon STPM) 2025 yang memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 meningkat kepada 1,336 orang.
5. Kontrak CEO, Ketua Jurulatih Harimau Malaya, B-23 ditamatkan - FAM
FAM mengumumkan kontrak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya Robert Douglas Friend ditamatkan berkuat kuasa 1 Jun.
6. PRN Johor: PDRM gerak 11,926 anggota, pegawai
Jumlah itu meliputi 11,204 anggota, 610 pegawai dan 112 pegawai awam PDRM yang akan bertugas melalui lima fasa penugasan.
7. Suami Nancy Shukri meninggal dunia
Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, Datuk Kamil Misuari, meninggal dunia hari ini.
8. Malaysia perlu lebih agresif teroka peluang ekonomi dengan Rusia - PM Anwar
Malaysia perlu bergerak lebih agresif dan berani dalam memperkukuh hubungan ekonomi dengan Rusia serta negara lain yang berpotensi memberikan manfaat kepada negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
9. GRS terima permohonan UPKO sebagai parti komponen baharu - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini sebulat suara bersetuju menerima Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) sebagai parti anggota baharu gabungan itu berkuat kuasa serta-merta.
10. Kerajaan Persekutuan lulus penubuhan Majlis Tahfiz Negara
Kerajaan Persekutuan meluluskan penubuhan Majlis Tahfiz Negara sebagai satu langkah besar bagi menyelaras hala tuju, model pendidikan, standard pengiktirafan dan laluan akademik pelajar tahfiz di seluruh negara.