Skip to main content

Malaysia

Dua wanita ditahan bantu siasatan kes penemuan mayat bayi di PJ

PETALING JAYA, 14 Okt -- Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shamsudin Mamat, bercakap pada sidang media berhubung penemuan dua senjata tajam yang dipercayai digunakan dalam kejadian tikaman yang menyebabkan seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut di sebuah sekolah di sini, pagi tadi.  --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata kedua-duanya yang berusia 20-an ditahan susulan laporan diterima pihak polis pada 8.10 pagi hari sama. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua wanita bagi membantu siasatan berkaitan penemuan mayat bayi di hadapan sebuah pusat perlindungan bayi di Jalan Bukit Gasing, Petaling Jaya, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata kedua-duanya yang berusia 20-an ditahan susulan laporan diterima pihak polis pada 8.10 pagi hari sama. 

Beliau berkata hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian bayi berkenaan adalah disebabkan keguguran dan dianggarkan telah meninggal dunia melebihi 24 jam.

"Bertindak atas maklumat dan siasatan lanjut, polis telah menahan kedua-dua suspek yang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau selain turut merampas beberapa barang kes," katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsudin berkata suspek pertama direman dua hari manakala suspek kedua direman tiga hari hingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat bayi secara sulit.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya melalui talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement