Skip to main content

Malaysia

Bukit Aman umum empat pertukaran pegawai kanan, Noor Hisam Pengarah JPJKK

PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran empat pegawai kanan melibatkan jawatan di Bukit Aman dan peringkat kontinjen berkuat kuasa 15 Jun ini.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran empat pegawai kanan melibatkan jawatan di Bukit Aman dan peringkat kontinjen berkuat kuasa 15 Jun ini. 

Ketua Komunikasi Korporat Bukit Aman Asisten Komisioner Polis Julina Salehuddin berkata Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman.

Beliau berkata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin pula dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu manakala Setiausaha Polis Malaysia Datuk Abdul Rahman Kassim dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang.

โ€œSementara itu, Ketua JPJKK Pahang Datuk Mohamad Noor Yusof Ali dilantik sebagai Setiausaha Polis Malaysia dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis,โ€ menurutnya dalam kenyataan.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video