Skip to main content

Dunia

Kongres AS bantah serangan Iran, dakwa langgar Resolusi Kuasa Perang

U.S. President Donald Trump delivers remarks during a visit to a Mack Trucks' assembly plant, in Macungie, Pennsylvania, U.S., June 23, 2026. REUTERS/Evelyn Hockstein
Khanna mengeluarkan amaran keras kepada Presiden Donald Trump (foto) supaya menghentikan operasi ketenteraan tersebut serta-merta atau berhadapan dengan tindakan undang-undang di mahkamah. -Gambar fail/Reuters

WASHINGTON: Ahli Kongres Demokrat, Ro Khanna, menyelar tindakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara ke atas Iran dengan menyifatkannya sebagai satu pencabulan terang-terangan terhadap Resolusi Kuasa Perang yang diluluskan oleh Kongres minggu ini.

Beliau mengeluarkan amaran keras kepada Presiden Donald Trump supaya menghentikan operasi ketenteraan tersebut serta-merta atau berhadapan dengan tindakan undang-undang di mahkamah, lapor Al Jazeera.

"Trump mesti menghentikan perang ini sekarang, jika tidak, kami akan mengheret beliau ke mahkamah untuk memaksa beliau berbuat demikian," katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas Senat AS meluluskan Resolusi Kuasa Perang pada Selasa dengan undian 50 menyokong dan 48 menolak, selepas Dewan Perwakilan meluluskan langkah sama pada 3 Jun.

Di bawah resolusi berkenaan, Presiden AS diarahkan menarik keluar angkatan tentera daripada konflik bersenjata melibatkan Iran kecuali dengan kelulusan Kongres.

Resolusi itu turut menetapkan bahawa sebarang tindakan ketenteraan lanjut hanya boleh dilaksanakan jika terdapat pengisytiharan perang rasmi atau kebenaran khusus oleh Kongres.

Langkah tersebut dilihat sebagai usaha Kongres untuk mengehadkan kuasa presiden dalam melancarkan operasi ketenteraan di luar negara tanpa melalui proses semak dan imbang.

 

Must Watch Video

Advertisement