Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Julai 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 17 Julai 2026.

  1. Kabinet setuju pindaan akta, wujud mekanisme pampasan kepada mangsa kemalangan, waris

    Jemaah Menteri pada Rabu lepas bersetuju secara dasar dengan cadangan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi membolehkan mahkamah memerintahkan pesalah kemalangan jalan raya membayar pampasan kepada mangsa atau waris mangsa sebagai hukuman tambahan, selain hukuman sedia ada.

  2. Kemasukan pelajar antarabangsa ke universiti awam tidak jejas peluang pelajar tempatan - KPT

    Kemasukan pelajar antarabangsa ke universiti awam (UA) tidak menjejaskan peluang pelajar tempatan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), matrikulasi atau diploma untuk mendapatkan tempat pengajian.

  3. Laporan khas Al-Arqam: Antara akidah, undang-undang dan had kuasa

    Persoalan yang dibangkitkan dalam siri kedua membawa kepada satu dimensi lain, iaitu undang-undang.

  4. Tiga termasuk 2 kanak-kanak maut dihanyut kepala air di Sungai Sedim

    Dua kanak-kanak dan seorang wanita maut akibat dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air di Taman Eko Rimba Sungai Sedim, di sini pada Jumaat.

  5. Pelajar tingkatan dua jatuh bangunan sekolah di Sabah

    Seorang pelajar Tingkatan Dua dilaporkan terjatuh dari bangunan sebuah sekolah di Papar, baru-baru ini. Bagaimanapun, pelajar tersebut telah menerima rawatan di hospital dan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius serta berada dalam keadaan stabil.

  6. KDNK suku kedua berkembang 5.8 peratus, bukti ekonomi Malaysia kekal kukuh - Akmal Nasrullah

    Ekonomi Malaysia kekal kukuh, dengan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi laporan Anggaran Awal KDNK suku kedua 2026 pada Jumaat menunjukkan pertumbuhan 5.8 peratus.

  7. PRN N. Sembilan: Bersatu masuk gelanggang, Tun Faisal antara 24 calon taruhan

    Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan akan bertanding di 24 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

  8. Inkues: Zara Qairina dalam keadaan sedar pada pertemuan terakhir dengan seorang pelajar

    Merujuk kepada keterangan seorang pelajar senior yang mendakwa merupakan individu terakhir melihat Zara Qairina sebelum kejadian, Dr Wong Haw Huo bagaimanapun berkata semasa pertemuan berkenaan, Zara Qairina dilihat berada dalam keadaan tertekan.

  9. PM tekankan keperluan kuasai AI tanpa ketepi nilai dan jati diri

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keperluan industri media menguasai teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) dengan memperkukuh keupayaan serta kemahiran, tanpa mengabaikan nilai, etika kewartawanan dan jati diri.

  10. Rakyat Malaysia di Qatar dinasihatkan jaga keselamatan, peka perkembangan sekeliling

    Rakyat Malaysia di Qatar dinasihatkan agar tidak leka dan sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan serta peka dengan perkembangan sekeliling susulan keadaan di rantau Teluk yang masih tidak menentu.

     

Must Watch Video

Advertisement