ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Julai 2026.
Onn Hafiz perjelas status Pelan Induk JS-SEZ, mahu elak kekeliruan pelabur
Datuk Onn Hafiz Ghazi tampil memberikan penjelasan berhubung status Dokumen Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenainya.
Anak rentung, ibu melecur dalam insiden kebakaran di Tebedu
Seorang wanita rentung manakala ibunya melecur teruk selepas kediaman mereka di Kampung Tubih Batu Raung, Tebedu, di sini, musnah dijilat api dalam kejadian pada awal pagi Sabtu.
'Sebelum meninggal dunia, adik sempat tolong semua penumpang'
"Sebelum meninggal dunia, arwah adik sempat tolong semua penumpang dulu. Mungkin sebab keletihan, dia hilang tenaga."
Wanita terjatuh dari jambatan ditemukan lemas
Mayat Nor Haslini Din, 47, yang mengalami masalah mental ditemukan terapung oleh pasukan penyelamat pada 10.30 pagi.
PRN Johor: Khairy dakwa sokongan Puad kepada calon PH berpunca kekecewaan peribadi
Mohd Puad bebas menentukan pendirian politiknya kerana tidak lagi menjadi ahli UMNO dan tidak terikat dengan disiplin parti.
Kehadiran PH ke Johor bukan "cari gaduh", tawar dasar baik kepada rakyat - Anwar
Kehadiran pimpinan tertinggi PH di Johor bukan untuk “mencari gaduh” sebaliknya membawa tawaran dasar yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan rakyat negeri berkenaan.
Anwar tempelak pihak bicara ketuanan Melayu, tapi biar tanah rizab terlepas
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyelar tindakan segelintir pihak yang sering membicarakan soal ketuanan Melayu, namun pada masa sama membiarkan tanah rizab Melayu terlepas ke tangan pihak luar.
Kes memandu melulu meningkat hampir 50 peratus dalam tempoh enam bulan
Kes memandu secara melulu dan membahayakan merekodkan peningkatan hampir 50 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.
PRN Johor: Asyraf Wajdi ucap 'selamat maju jaya' kepada Puad
Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan "selamat maju jaya" kepada bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi susulan tindakannya menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Tanggungjawab PM berkhidmat untuk semua rakyat - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi tekad untuk memacu Malaysia sebagai sebuah negara yang hebat dan berjaya.