ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 14 Jun 2026.
1. KESUMA aktifkan pelbagai intervensi, sasar bantu pekerja terkesan kembali bekerja
Statistik Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) menyatakan seramai 38,953 individu kehilangan pekerjaan antara Januari hingga Mei 2026, dengan majoriti kes melibatkan golongan pekerja berusia antara 25 hingga 39 tahun.
2. Zaid Ibrahim, bapa pelakon Anzalna antara 15 individu diumum sertai Pas
Bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim dan ayah kepada pelakon popular Anzalna iaitu Profesor Dr Md Nasir Ibrahim yang merupakan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia antara 15 individu yang diumumkan menyertai Pas.
3. BN guna logo dacing pada PRN Johor, Negeri Sembilan - Zambry
Barisan Nasional (BN) memuktamadkan pendirian untuk bertanding menggunakan logo dacing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan akan datang.
4. PRN Negeri Sembilan: "Ada sedikit pengkhianatan..." - Anwar
Beliau berkata terdapat cubaan menggugat pentadbiran di Negeri Sembilan, walaupun kestabilan politik dan ekonomi negeri berada pada tahap yang baik.
5. "Kempen terancang untuk memfitnah saya" - Rosmah lapor polis
Datin Seri Rosmah Mansor telah membuat laporan polis berhubung dakwaan yang tular di media sosial melibatkan diri dan ahli keluarganya.
6. Agihan kerusi PH dimuktamad, PKR tanding 20 kerusi PRN Johor, 16 di Negeri Sembilan
Semua rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) pada PRN Johor dan Negeri Sembilan telah dimuktamadkan.
7. Nishan Velupillay pemain berdarah Malaysia pertama beraksi di Piala Dunia
Pemain Australia, Nishan Velupillay, menjadi pemain pertama berdarah Tamil-Malaysia yang membuat penampilan di Piala Dunia.
8. MetMalaysia tingkat kesiapsiagaan, pantau perkembangan El Nino
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sedang memantau rapi perkembangan fenomena El Niño yang dijangka mula mempengaruhi cuaca negara dalam masa terdekat dan berkemungkinan berterusan sehingga awal 2027.
9. Warga emas rugi RM9 juta diperdaya pelaburan tidak wujud di Kuching
Seorang lelaki tempatan berusia 79 tahun kerugian RM9.081 juta selepas terperdaya dengan pelaburan saham dan tawaran awam permulaan (IPO) tidak wujud menerusi sebuah aplikasi.
10. Nahas di Karak: Pemandu treler miliki 15 rekod saman
Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan empat nyawa di Kilometer 43 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) petang Ahad, dikesan mempunyai 15 rekod saman trafik.