ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 3 Jun 2026.
1. PRN Johor: Senarai calon BN tular palsu, ikuti pengumuman di saluran rasmi - Onn Hafiz
Menteri Besar Johor itu menegaskan, sebarang pengumuman rasmi berkaitan calon BN hanya akan dibuat menerusi saluran rasmi parti.
2. Aminuddin menghadap Tuanku Muhriz hampir dua jam
Turut mengiringi Pengerusi Pakatan Harapan(PH) Negeri Sembilan itu ialah Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad.
3. Jangan bawa air zamzam, daftar masuk bagasi 48 jam sebelum berlepas
Operasi CCI yang diperkenalkan sejak 2013 itu kini menjadi antara inisiatif utama Tabung Haji dalam meningkatkan keselesaan perjalanan jemaah haji Malaysia.
4. Ibu muda mengaku salah sebabkan kematian bayi baru lahir
Seorang wanita mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi perempuannya yang baru dilahirkan.
5. Polis rakam keterangan Azam Baki, bantu siasatan dua kes berasingan
Polis telah selesai merakam keterangan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki bagi membantu siasatan berhubung dua kes berasingan.
6. Operasi SAR Jaslinda diteruskan dalam skala kecil
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin yang dilaporkan hilang di Gunung Batu Putih, diteruskan dalam skala kecil.
7. Majlis penerbitan buku agama akan ditubuh dalam masa terdekat - Zulkifli
Majlis penerbitan buku agama akan ditubuh dalam masa terdekat bagi mengukuhkan lagi industri penerbitan buku ilmiah Islam di Malaysia, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan.
8. Raja Perlis mahu Menteri Besar diberi ruang pimpin hingga akhir penggal
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail mahu Menteri Besar Abu Bakar Hamzah diberikan ruang untuk terus memimpin sehingga ke akhir penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-15 tanpa sebarang kacau ganggu.
9. Belanjawan 2027: Langkah penjimatan tidak jejas perancangan utama KPM - Fadhlina
Langkah penjimatan kerajaan dalam merangka Belanjawan 2027 tidak akan menjejaskan perancangan utama Kementerian Pendidikan (KPM) terutama dalam skop pengambilan guru baharu serta pembinaan bilik darjah tambahan, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
10. PRN Johor: BN lancar jentera pilihan raya Ahad ini
Barisan Nasional (BN) Johor akan melancarkan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 yang dijadualkan berlangsung di Stadium Educity, Kota Iskandar, Ahad ini.