ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 Mei 2026.
1. Tren tergelincir di Chan Sow Lin punca gangguan Laluan Ampang/Sri Petaling
Gangguan perkhidmatan Rapid KL Laluan Ampang/Sri Petaling berlaku pagi ini disebabkan sebuah tren yang tergelincir ketika melalui kawasan suis landasan di Stesen Chan Sow Lin.
2. Peserta pakej korban dinasihat tuntut ketelusan kos, elak ibadah terjejas
Umat Islam yang menyertai pakej ibadah korban dinasihatkan supaya menuntut ketelusan berhubung kos sebenar pengurusan daripada pihak penganjur bagi menjamin kesempurnaan ibadah tersebut.
3. Melontar jamrah didik jemaah tundukkan ego, utamakan kepentingan orang lain
Ibadah melontar jamrah bukan sekadar melengkapkan satu daripada syarat wajib haji, malah menjadi medan pendidikan yang mengajar jemaah menundukkan ego dan mengutamakan kepentingan orang lain ketika jutaan manusia berhimpun di satu tempat.
4. Tempoh serahan Bantuan Kasih Johor fasa keempat dilanjut hingga 28 Jun - Onn Hafiz
Kerajaan Negeri Johor melanjutkan tempoh penyerahan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa Keempat sehingga 28 Jun depan bagi memberi lebih ruang dan masa kepada penerima untuk mendapatkan bantuan tersebut.
5. Malim gunung dedah kesilapan biasa pendaki ketika sesat di hutan
Pendaki yang tersesat di kawasan gunung atau hutan dinasihatkan untuk tidak panik serta mengelakkan diri daripada terus bergerak tanpa arah.
6. AADK guna kit ujian khas kesan fentanyl, 'magic mushroom' mulai Jun
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan mula menggunakan kit ujian khas bagi mengesan penggunaan fentanyl dan pelbagai dadah sintetik lain bermula Jun ini sebagai langkah memperkukuh penguatkuasaan dan pengumpulan data berkaitan ancaman dadah baharu.
7. Seorang maut, seorang patah rusuk ditanduk kerbau ketika ibadah korban di Johor
Seorang lelaki tempatan meninggal dunia selepas ditanduk seekor kerbau ketika membantu ibadah korban dalam kejadian di Kampung Tenang, Ulu Tiram di Johor semalam.
8. Tren LRT tergelincir: Menteri arah tindakan maksimum terhadap Prasarana, pecat pihak cuai
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) diarahkan untuk mengambil tindakan hukuman paling maksimum terhadap pengendali perkhidmatan, iaitu Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana).
9. Azeem Fahmi catat 10.13 saat, hampiri rekod kebangsaan
Jaguh pecut sensasi negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi mempamerkan larian bertenaga apabila mencatatkan 10.13 saat (s) dalam acara 100 meter (m) pada Kejohanan NCAA East First Round di Lexington, Kentucky, Amerika Syarikat, hari ini.
10. TVET bukan lagi pilihan kedua - Ahmad Zahid
TVET bukan lagi dianggap pilihan kedua, sebaliknya semakin menjadi pilihan utama dalam kalangan generasi muda susulan peningkatan enrolmen serta kadar kebolehpasaran graduan yang tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.