ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 26 Mei 2026.
Hari Arafah ruang umat Islam perbanyak doa, zikir dan muhasabah diri
Hari ini, bersamaan 9 Zulhijjah, yang juga merupakan Hari Arafah, wajar dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Islam di Malaysia untuk memperbanyakkan doa, zikir, taubat dan muhasabah diri dalam usaha meraih keampunan serta rahmat Allah SWT pada hari yang penuh keberkatan dan kemuliaan.
Pemandu Alphard lari dan sembunyi celah bangunan, 'kantoi' ada 20 saman bernilai RM6,000
Tindakan pemandu Toyota Alphard melarikan diri dengan membawa kenderaan ke tepi bangunan rupanya membongkar kepada tindakannya yang mempunyai 20 saman tertunggak.
Filem Tarung: Unforgiven raih kutipan RM20.3 juta
Filem aksi tempatan Tarung: Unforgiven terus mencipta fenomena tersendiri apabila berjaya mencatat kutipan RM20.3 juta sepanjang tayangannya di pawagam seluruh negara.
Pengeluaran pasport baharu Malaysia ditangguh - KP Imigresen
Pengeluaran Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) versi baharu yang dijadualkan bermula 1 Jun, ditangguhkan pada suatu tarikh lain.
Kes ugut Albert Tei: Polis akan panggil Azam Baki
Polis akan memanggil bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi membantu siasatan kes ugutan terhadap seorang ahli perniagaan Albert Tei.
- Kerajaan ambil langkah segera tangani isu peningkatan kehilangan pekerjaan - PM Anwar
Kerajaan akan mengambil langkah segera dalam waktu terdekat ini untuk menangani isu peningkatan kehilangan pekerjaan sejak April lepas.
- Pendaki maut: Bapa Nur Izzati Humaira reda, hargai doa rakyat Malaysia
Meskipun diselubungi kesedihan, bapa kepada Nur Izzati Humaira Azizul yang ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tersesat ketika mendaki Bukit Changkat Asa, menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang mendoakan anaknya.
- Ahmad Zahid fail rayuan terhadap cabaran dibuat Majlis Peguam
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini membenarkan Majlis Peguam Malaysia mencabar keputusan pihak pendakwaan untuk menghentikan semua prosiding lanjut terhadap beliau dalam kes rasuah Yayasan Akalbudi.
- Polis panggil pakar perlembagaan bantu siasatan kes Tony Pua
Polis akan memanggil seorang pakar akademik yang pakar dalam Perlembagaan Persekutuan pada 3 Jun ini bagi membantu siasatan kes hantaran Facebook bekas Ahli Parlimen Damansara Tony Pua yang didakwa menyentuh isu sensitif.
- PM Anwar, Presiden Iran bincang usaha damai dan hubungan dua hala
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau berkesempatan mengadakan perbualan telefon dengan Presiden Republik Islam Iran, Masoud Pezeshkian, bagi menyampaikan ucapan raya serta salam persaudaraan dan doa daripada seluruh rakyat Malaysia buat rakyat Iran.