Skip to main content

Malaysia

Beberapa jalan utama di Seremban ditutup sempena latihan simulasi pasca-PRN

61645370770_BandarayaSeremban.jpg
Antara jalan utama terlibat ialah Jalan Yam Tuan, Jalan Dato' Sheikh Ahmad, Lorong Khalsa dan Jalan Lim Kee Siong. - Gambar hiasan

SEREMBAN: Beberapa jalan utama di pusat bandar Seremban ditutup dan dilencongkan secara berperingkat selama dua hari bermula esok untuk Latihan Simulasi Eksesais Pasca-Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Mohd Yatim Osman berkata penutupan jalan pada esok dari 3 petang hingga 5 petang bagi tujuan raptai manakala dari 3 petang hingga 5.30 petang Jumaat susulan hari simulasi pasca-PRN itu.

Beliau berkata antara jalan utama terlibat ialah Jalan Yam Tuan, Jalan Dato' Sheikh Ahmad, Lorong Khalsa dan Jalan Lim Kee Siong.

“Laluan lain ialah persimpangan Jalan Tuanku Hassan/Jalan Yam Tuan (Madura), Jalan Lee Fong Yee/Jalan Yam Tuan, Jalan Lim Kee Siong/Jalan Jawa dan Lorong Khalsa/Lorong Jawa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Yatim berkata pengguna jalan raya disaran menggunakan laluan alternatif antaranya Jalan Dato' Abdul Malik, Jalan Tunku Hassan, Jalan Tunku Munawir dan Jalan Dato' Abdul Kadir.

Orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan pegawai dan anggota trafik yang bertugas serta merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.

Mereka yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban menerusi talian 06-6033477 atau 06-6014999.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement