KUALA LUMPUR: Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay menyerahkan tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Negara kepada Datuk Seri Ibrahim Darus yang akan memangku jawatan itu pada Majlis Serah Terima Tugas yang berlangsung di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini, pada Ahad.
Ibrahim sebelum ini adalah Pengarah Cawangan Khas.
Ibrahim akan memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 26 Julai menggantikan Ayob Khan, 60, yang bersara wajib pada Isnin.
Majlis kemudian diteruskan dengan upacara menandatangani dan pertukaran dokumen serah terima tugas di antara Ayob Khan dan Ibrahim.
Ayob Khan bersara selepas hampir 35 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Hari ini merupakan hari terakhir beliau menyarung pakaian seragam PDRM selepas hampir tiga setengah dekad berbakti kepada pasukan keselamatan itu.