Skip to main content

Malaysia

Agong terima menghadap Pengerusi SPR, Panglima Angkatan Tentera

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Datuk Seri Ramlan Harun. Sumber: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim pada Khamis berkenan menerima menghadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Datuk Seri Ramlan Harun di Istana Negara, Kuala Lumpur. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Khamis berkenan menerima menghadap Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Datuk Seri Ramlan Harun.

Menurut hantaran di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, pertemuan itu berlangsung di Istana Negara, di sini.

Terdahulu, Seri Paduka Baginda turut berkenan menerima menghadap Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Malek Razak Sulaiman.

Hadir sama dalam pertemuan itu Ketua Pengarah Perisikan Pertahanan yang baharu, Leftenan Jeneral Datuk Fazal Abdul Rahman.

“Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda berlangsung selama hampir sejam,” menurut hantaran itu.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement