Skip to main content

Dunia

[TERKINI] Harga minyak mentah naik 6 peratus selepas Trump umum gencatan senjata berakhir

minyak, oil_AP
Harga minyak mentah Brent meningkat kepada AS$78 setong, manakala pasaran saham Eropah merosot 1.6 peratus - Foto hiasan/ AP

ANKARA: Harga minyak dunia melonjak kira-kira enam peratus, manakala pasaran saham susut susulan kenyataan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump bahawa gencatan senjata dengan Iran, telah berakhir.

Harga minyak mentah Brent meningkat kepada AS$78 setong, manakala pasaran saham Eropah merosot 1.6 peratus.

Pada masa sama, dolar Amerika mengukuh dan hasil bon kerajaan meningkat apabila pelabur menilai risiko peningkatan semula tekanan inflasi susulan ketegangan geopolitik yang kembali memuncak.

Media antarabangsa melaporkan Trump membuat kenyataan tersebut ketika berucap pada sidang kemuncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Ankara, pada Rabu.

Brent telah melonjak lebih enam peratus setakat minggu ini apabila ketegangan baharu di sekitar Selat Hormuz menimbulkan semula kebimbangan mengenai kemungkinan gangguan terhadap bekalan tenaga global.

 

 

Must Watch Video

Advertisement