Skip to main content

Dunia

Taufan Maysak landa Hainan di selatan China, jejaskan pengangkutan

People watch waves crashing against the shore as Tropical Storm Maysak approaches in Boao, Qionghai, Hainan province, China, July 3, 2026_REUTERS
Taufan Maysak, taufan ke-10 tahun ini, melanda pesisir wilayah Hainan di selatan China pada petang Jumaat, menjejaskan perkhidmatan kereta api, feri dan penerbangan serta menyebabkan sekolah ditutup di beberapa kawasan. - Foto REUTERS

HAIKOU: Taufan Maysak, taufan ke-10 tahun ini, melanda pesisir wilayah Hainan di selatan China pada petang Jumaat, menjejaskan perkhidmatan kereta api, feri dan penerbangan serta menyebabkan sekolah ditutup di beberapa kawasan, lapor Xinhua.

Ribut tropika itu melanda kira-kira 6.20 petang di Perbandaran Yelin, dalam Daerah Autonomi Lingshui Li, menurut Biro Meteorologi Wilayah Hainan. Ketika melanda, taufan itu membawa angin maksimum 23 meter sesaat berhampiran pusatnya.

Semua perkhidmatan kereta api ke dan dari Hainan digantung pada Jumaat dan Sabtu berikutan taufan itu. Lapangan Terbang Antarabangsa Sanya Phoenix menghentikan operasi penerbangan mulai 5 petang Jumaat, manakala perkhidmatan feri bagi penumpang dan kenderaan merentasi Selat Qiongzhou digantung mulai 2 pagi hari yang sama dan dijangka berlanjutan selama satu hingga dua hari bergantung pada keadaan cuaca. Sekolah dan pusat jagaan kanak-kanak di Sanya serta Daerah Autonomi Ledong Li turut ditutup.

Pihak berkuasa meteorologi berkata taufan itu dijangka bergerak ke arah barat laut, merentasi Baoting, Wuzhishan, Baisha dan Danzhou sebelum memasuki Teluk Beibu.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video

Advertisement