Skip to main content

Dunia

Tahap ancaman pelayaran di Selat Hormuz dinaikkan susulan serangan kapal tangki

A man stands beside a fishing pole along the shore as cargo ships and commercial vessels are seen in the Strait of Hormuz off Bandar Abbas, Iran, on June 17. Amirhosein Khorgooi/ISNA/AP
Selat Hormuz merupakan antara laluan perkapalan paling penting di dunia. - Foto fail/AP

DUBAI: Pusat Maklumat Maritim Bersama (JMIC) yang diterajui Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) menaikkan tahap ancaman pelayaran di Selat Hormuz daripada "besar" kepada "teruk" susulan serangan terhadap tiga kapal tangki minyak di laluan strategik itu.

Menurut JMIC, insiden yang disahkan baru-baru ini menunjukkan persekitaran keselamatan di kawasan berkenaan kekal berisiko tinggi dan memerlukan tahap kewaspadaan maksimum daripada semua kapal yang melalui laluan tersebut.

"Insiden yang disahkan baru-baru ini menunjukkan persekitaran ancaman masih berada pada tahap tinggi dan memerlukan kewaspadaan yang amat tinggi," menurut JMIC dalam satu kenyataan.

Ini merupakan kali pertama tahap ancaman dinaikkan kepada status "teruk" sejak 15 Jun lalu.

JMIC turut menasihatkan semua kapal supaya menjangkakan kehadiran aset tentera laut yang berterusan di kawasan itu selain kemungkinan berlaku kesesakan di laluan pelayaran utama ketika melalui Selat Hormuz.

Selat Hormuz merupakan antara laluan perkapalan paling penting di dunia, dengan sebahagian besar eksport minyak mentah global melalui perairan sempit yang menghubungkan Teluk Parsi dengan Teluk Oman dan Laut Arab.
 

 

Must Watch Video

Advertisement