Skip to main content

Dunia

Singapura keluarkan perintah bawah ISA terhadap dua warga terbabit fahaman radikal

51722988873_singapura.jpg
Kedua-dua individu itu warga Singapura ketujuh dan kelapan yang ditangani di bawah ISA yang terjebak fahaman radikal disebabkan oleh konflik Israel-Palestin. - Gambar fail

SINGAPURA: Dua warga Singapura yang terbabit dalam fahaman radikal atau meradikalkan diri sendiri (self-radicalised) menjadi individu terbaharu yang dikenakan Perintah Tahanan (OD) dan Perintah Sekatan (RO) di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kedua-dua perintah itu dikeluarkan pada Mac tahun ini.

OD itu diikenakan ke atas Tarmizi Mohd Taha, pegawai perkhidmatan pelanggan berusia 30 tahun manakala Cyrus Dzulqarnain Al-Shahriar, pelajar berusia 19 tahun, dikenakan RO.

“Walaupun kes mereka tidak berkaitan, kedua-dua kes mereka dicetuskan oleh konflik Israel-Palestin yang berterusan," katanya, sambil menambah bahawa kedua-dua individu itu warga Singapura ketujuh dan kelapan yang ditangani di bawah ISA yang terjebak fahaman radikal disebabkan oleh konflik berkenaan.

Menurut ISD, kes Cyrus juga menggariskan kepelbagaian ideologi pelampau ganas yang semakin meningkat yang mencetuskan ancaman meradikalkan diri domestik, terutamanya dalam kalangan belia.

Jabatan itu menegaskan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu di Singapura yang menyokong, mempromosi, menjalankan atau membuat persediaan untuk keganasan bersenjata, tanpa mengira justifikasi ideologi atau di mana tindakan sedemikian dilakukan.

“Walaupun rakyat Singapura mengambil berat mengenai kesan kemanusiaan konflik itu, adalah penting untuk kita tidak membenarkan naratif pelampau yang memanfaatkan konflik asing berakar umbi dalam masyarakat kita," katanya.

-- BERNAMA

    

Must Watch Video

Advertisement