Skip to main content

Dunia

Selat Hormuz hanya akan dibuka mengikut "aturan Iran" - Speaker Parlimen Iran

Strait of hormuz
Kenyataan itu dibuat selepas media Iran melaporkan gelombang baharu serangan AS lewat Rabu yang menyasarkan beberapa lokasi di selatan dan tenggara Iran.

ISTANBUL: Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Qalibaf berkata pada Khamis bahawa Selat Hormuz hanya akan dibuka mengikut "pengaturan Iran", bukannya disebabkan ancaman Amerika Syarikat (AS), susulan gelombang baharu serangan AS ke atas Iran, lapor Anadolu Ajansi.

"AS masih belum belajar bahawa tindakan membuli dan memungkiri janji tidak lagi boleh dilakukan tanpa menerima akibat," tulis Qalibaf menerusi platform media sosial X.

"Biar saya jelaskan: Jika anda menyerang, anda juga akan diserang," katanya.

Kenyataan itu dibuat selepas media Iran melaporkan gelombang baharu serangan AS lewat Rabu yang menyasarkan beberapa lokasi di selatan dan tenggara Iran.

Komando Pusat Tentera Amerika Syarikat (CENTCOM) kemudian memaklumkan bahawa tentera AS melancarkan serangan tambahan ke atas Iran bagi terus melemahkan keupayaan Tehran untuk mengancam kebebasan pelayaran di Selat Hormuz.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement