Skip to main content

Dunia

Rundingan AS-Iran di Switzerland capai kejayaan - PM Pakistan

Alhamdulillah, the First High-Level Committee Meeting under the framework of the Islamabad Memorandum of Understanding has concluded successfully in Bürgenstock, Switzerland.
Shehbaz Sharif memaklumkan mesyuarat pertama di bawah kerangka Memorandum Persefahaman Islamabad itu telah membuahkan perkembangan yang amat memberangsangkan. -Foto X

RUNDINGAN peringkat tinggi di antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) di Bürgenstock, Switzerland, berakhir dengan jayanya menerusi persepakatan hala tuju ke arah memuktamadkan perjanjian dalam tempoh 60 hari.

Perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, menerusi hantaran di platform X yang memaklumkan mesyuarat pertama di bawah kerangka Memorandum Persefahaman Islamabad itu telah membuahkan perkembangan yang amat memberangsangkan.

"Perbincangan telah berlangsung dalam suasana yang positif serta membina dan membuahkan kemajuan yang menggalakkan, termasuk persetujuan mengenai pelan hala tuju ke arah perjanjian muktamad dalam tempoh 60 hari, penubuhan Jawatankuasa Peringkat Tinggi untuk menyediakan pemantauan politik, dan permulaan rundingan teknikal lanjut," katanya.

 

 

Beliau turut memuji komitmen berterusan kepimpinan AS dan Iran dalam rundingan berkenaan, selain menzahirkan penghargaan kepada kerajaan Qatar atas sokongan kritikal yang diberikan bagi menjayakan proses rundingan tersebut.

"Pakistan akan terus memainkan peranan yang jujur dan ikhlas dalam memajukan dialog serta diplomasi ke arah penyelesaian yang aman dan berkekalan," kata Sharif.

 

Must Watch Video

Advertisement