Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 Jun 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 22 Jun 2026.

  1. Hamzah Zainudin kembali galas tugas Ketua Pembangkang mulai 18 Jun - Speaker

    Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin, kembali menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat berkuat kuasa mulai 18 Jun lepas.

  2. Sukar gambarkan perasaan raih podium utama di GP Czech - Hakim Danish

    Pelumba muda negara, Muhammad Hakim Danish Ramli atau Hakim Danish sukar menggambarkan perasaannya selepas merangkul kejuaraan sulung Moto3 musim ini pada perlumbaan Grand Prix (GP) Czech semalam.

  3. Isu Ketua Pembangkang: 'Pas buli Bersatu', Dewan Rakyat kecoh seketika

    Sidang Dewan Rakyat hari pertama pada Isnin kecoh seketika apabila Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa, pertukaran jawatan Ketua Pembangkang sebelum ini berpunca daripada perselisihan antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

  4. Malaysia, Bangladesh sepakat desak tindakan lebih tegas ASEAN tangani krisis Rohingya

    Malaysia dan Bangladesh pada Selasa mencapai kesepakatan untuk menggerakkan mekanisme ASEAN secara lebih agresif dalam usaha mendesak Myanmar menyelesaikan krisis pelarian etnik Rohingya yang berlarutan sekian lama.

  5. LRT3 Laluan Shah Alam mula operasi Isnin, PM rasmi Ahad ini

    Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Bandar Utama di Petaling Jaya hingga Johan Setia, Klang akan mula beroperasi Isnin depan selepas majlis perasmiannya dijadual berlangsung Ahad ini.

  6. 50,000 keluarga boleh mohon Baucar Kita Selangor mulai Selasa

    Sebanyak 50,000 keluarga yang layak di Selangor boleh memohon bantuan menerusi inisiatif Baucar Kita Selangor bermula 12 tengah hari Selasa.

  7. BUDI MADANI: Kuota diesel bersubsidi sehingga 300 liter - Amir Hamzah

    Kerajaan memperkenalkan kuota tambahan 100 liter diesel bersubsidi kepada pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak, menerusi mekanisme BUDI MADANI, selain kuota asas 200 liter sebulan pada harga RM2.10 seliter.

  8. Skim perkhidmatan baharu AKPS bermula 1 Julai, buka peluang kepada penguat kuasa sedia ada

    Kerajaan menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menawarkan skim perkhidmatan baharu yang lebih kompetitif bermula 1 Julai ini bagi menarik penyertaan pegawai penguat kuasa sedia ada menyertai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).

  9. Jumlah mangsa pemerdagangan orang yang diselamatkan berkurang sejak 2023

    Jumlah mangsa pemerdagangan orang dan eksploitasi pekerja yang diselamatkan menunjukkan angka lebih rendah berbanding 2023, mencerminkan keberkesanan penguatkuasaan dan usaha pencegahan yang dilaksanakan kerajaan.

  10. PRN Johor: Parti lawan parti, politik tidak wajar kaitkan institusi raja - PM

    Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) perlu kekal sebagai pertandingan antara parti politik tanpa melibatkan atau mengaitkan mana-mana institusi lain, termasuk institusi raja-raja Melayu.

     


 

Must Watch Video

Advertisement