SEOUL: Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung pada Ahad mengarahkan pelancaran siasatan bersama secara menyeluruh oleh pihak pendakwa raya dan polis berhubung kekurangan kertas undi yang menjejaskan pilihan raya tempatan minggu lepas, lapor Agensi Berita Yonhap.
Sebanyak 12 lokasi di Seoul, termasuk daerah Songpa di bahagian timur bandar itu, melaporkan kekurangan kertas undi semasa pilihan raya pada Rabu, sekali gus menyebabkan proses pengundian di pusat mengundi yang terjejas dihentikan sementara.
Ribuan penunjuk perasaan terus berhimpun berhampiran sebuah pusat penjumlahan undi di timur Seoul untuk hari ketiga berturut-turut, menuntut pilihan raya baharu diadakan.
-- BERNAMA-YONHAP