DHAKA: Presiden Bangladesh Mohammed Shahabuddin Chuppu pada Jumaat menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Speaker Parlimen Hafiz Uddin Ahmad, lapor Xinhua memetik media tempatan.
"Saya mengalami pelbagai komplikasi kesihatan," kata Chuppu kepada media tempatan ketika ditanya mengenai sebab peletakan jawatannya.
Menurut Perlembagaan Bangladesh, Speaker akan menjalankan fungsi Presiden sehingga Presiden baharu dipilih.
--BERNAMA-XINHUA