Skip to main content

Dunia

Polis Indonesia tahan 24 peserta protes antikerajaan di Surabaya

A protester is detained during a protest against government policies, including state budget spending, fuel price hike, free meals programme, and expanded military roles in civilian affairs, outside Grahadi State building in Surabaya, East Java province, Indonesia, June 26, 2026. REUTERS/Dipta Wahyu
Kumpulan hak asasi manusia KontraS Surabaya mengesahkan seramai 24 individu ditahan dan disoal siasat sehingga jam 3.30 pagi Sabtu sebelum dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan. -Foto Reuters

SURABAYA: Polis Indonesia menahan puluhan penunjuk perasaan susulan protes antikerajaan yang bertukar kecoh di bandar kedua terbesar negara itu pada Jumaat, lapor The Jakarta Post.

Kumpulan hak asasi manusia KontraS Surabaya mengesahkan seramai 24 individu ditahan dan disoal siasat sehingga jam 3.30 pagi Sabtu sebelum dibebaskan tanpa sebarang pertuduhan.

Ketua Polis Kota Surabaya, Luthfie Sulistiawan, berkata tindakan diambil selepas sebahagian pemprotes bertindak agresif membaling batu dan membakar sampah di jalan raya.

Kira-kira 100 individu dilaporkan berkumpul di pekarangan sebuah bangunan kerajaan bagi membantah keputusan kerajaan pusat menaikkan harga petrol tanpa subsidi sebanyak 30 peratus.

Langkah tersebut diambil pentadbiran Presiden Prabowo Subianto bagi mengurangkan tekanan terhadap bajet negara susulan ketidaktentuan bekalan minyak global.

Selain isu kenaikan harga bahan api, sebahagian penunjuk perasaan yang terdiri daripada mahasiswa turut menuntut pembatalan program bantuan makanan percuma yang diperkenalkan kerajaan.

Program itu sebelum ini menerima kritikan berhubung dakwaan pembaziran dana awam serta laporan kes keracunan makanan melibatkan pelajar sekolah.

Dalam perkembangan sama, demonstrasi serupa turut dilaporkan berlaku di Jakarta dan beberapa wilayah lain sepanjang bulan ini bagi mendesak pelan reformasi ekonomi yang lebih berpihak kepada kebajikan masyarakat.

 

Must Watch Video

Advertisement