Skip to main content

Dunia

PM Qatar bertemu utusan AS, Iran kekal tegas dengan syarat rundingan

Qatar's Prime Minister and Minister for Foreign Affairs Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thani makes an opening statement at the start of a quadrilateral meeting between the U.S., Iran, Pakistan, and Qatar, at the Bürgenstock Resort in Obbuergen, Switzerland, Sunday, June 21, 2026. (Nathan Howard/Pool Photo via AP)
Sheikh Mohammed bin Abdulrahman mengadakan pertemuan dengan utusan AS, Steve Witkoff dan Jared Kushner, di Doha ketika usaha diplomatik mengenai perjanjian AS-Iran terus berlangsung. - Foto fail/AP

DOHA: Perdana Menteri dan Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani, mengadakan pertemuan dengan utusan Amerika Syarikat (AS), Steve Witkoff dan Jared Kushner, di Doha ketika usaha diplomatik mengenai perjanjian AS-Iran terus berlangsung.

Menurut laporan, wakil perunding Iran turut berada di ibu negara Qatar itu, namun tiada pertemuan secara bersemuka dijadualkan antara delegasi Washington dan Tehran buat masa ini.

Jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed Al Ansari, berkata kunjungan Witkoff dan Kushner tertumpu kepada perbincangan dengan pihak pengantara mengenai isu serantau, termasuk rundingan melibatkan Iran dan situasi di Lubnan.

Sementara itu, Yang Dipertua Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf, menegaskan bahawa Tehran tidak akan memulakan rundingan mengenai perjanjian muktamad dengan AS sehingga beberapa syarat utama dipenuhi.

Menurut beliau, antara syarat tersebut ialah penamatan permusuhan di Lubnan, pengecualian sekatan eksport minyak Iran oleh Washington serta pembebasan dana Iran yang dibekukan di luar negara.

Ghalibaf turut menegaskan bahawa AS perlu melaksanakan komitmen yang dipersetujui sebelum sebarang rundingan peringkat akhir dapat dimulakan.

Dalam perkembangan berkaitan, Israel mendakwa telah membunuh seorang lagi anggota Hezbollah dalam operasi di selatan Lubnan.

Pada masa sama, media Israel melaporkan pengunduran tentera negara itu dari dua zon percubaan atau 'pilot zones' di Zawthar dan Froun terpaksa ditangguhkan sementara menunggu persetujuan mengenai mekanisme pemantauan yang disokong AS.

Perkembangan tersebut berlaku ketika Qatar terus memainkan peranan sebagai pengantara utama dalam usaha merapatkan jurang antara Tehran dan Washington, di samping membantu mengurangkan ketegangan yang masih berlarutan di Asia Barat.
 

 

Must Watch Video

Advertisement