Skip to main content

Dunia

PM Denmark tegaskan Greenland "bukan untuk dijual"

Denmark's Prime Minister Mette Frederiksen speaks during a doorstep at the NATO leaders' summit in Ankara, Turkey, July 8, 2026. REUTERS
Perdana Menteri Denmark Mette Frederiksen pada Rabu menegaskan bahawa Greenland "bukan untuk dijual" sambil menggesa semua sekutu menghormati integriti wilayah dan kedaulatan negaranya. - Foto REUTERS/Yves Herman

ANKARA: Perdana Menteri Denmark Mette Frederiksen pada Rabu menegaskan bahawa Greenland "bukan untuk dijual" sambil menggesa semua sekutu menghormati integriti wilayah dan kedaulatan negaranya, lapor Xinhua.

Bercakap kepada pemberita sebelum menghadiri sesi utama Sidang Kemuncak pemimpin Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Ankara, Frederiksen berkata: "Kami berharap semua pihak, termasuk semua sekutu, menghormati hak rakyat Greenland untuk menentukan nasib sendiri. Kami ialah sebuah negara berdaulat dan kami memerlukan semua pihak menghormati integriti wilayah serta kedaulatan kami."

Ketika ditanya sama ada Denmark bersedia mempertahankan Greenland secara ketenteraan daripada sebarang ancaman, perdana menteri itu secara jelas merujuk kepada Artikel 5 NATO yang memperuntukkan prinsip pertahanan kolektif dalam kalangan negara anggota.

"Kami bersedia mempertahankan setiap inci wilayah NATO, termasuk wilayah kami sendiri," katanya.

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Selasa berkata AS sepatutnya mengambil alih Greenland daripada Denmark.

"Greenland perlu berada di bawah kawalan Amerika Syarikat, bukan Denmark," katanya di Ankara.

-- BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video

Advertisement