Skip to main content

Dunia

Platform milik Meta alami gangguan global, lapor Downdetector

AMANZ
Ribuan pengguna melaporkan masalah sambungan melibatkan aplikasi dan laman sesawang platform berkenaan. - Gambar hiasan/Amanz

ISTANBUL: Platform media sosial dan aplikasi pemesejan milik Meta, termasuk Facebook, Instagram, Threads dan WhatsApp, mengalami gangguan pada Selasa, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut penjejak gangguan Downdetector, pengguna melaporkan masalah melibatkan perkhidmatan media sosial dan aplikasi pemesejan berkenaan.

Bermula pada 2030 GMT, ribuan pengguna melaporkan masalah sambungan melibatkan aplikasi dan laman sesawang platform berkenaan.

Downdetector mengumpulkan data berdasarkan laporan yang dikemukakan pengguna, yang bermakna jumlah sebenar pengguna yang terjejas mungkin lebih tinggi.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement