Skip to main content

Dunia

Parlimen Israel dibubar menjelang pilihan raya Oktober

Israeli politicians react following a vote to dissolve the Knesset, Israel's parliament, before the end of its term, at the Knesset, in Jerusalem, May 20, 2026. REUTERS/Ronen Zvulun
Langkah tersebut membuka laluan kepada pilihan raya umum Israel yang dijadualkan berlangsung pada 27 Okt 2026. -Gambar fail/Reuters

BAITULMUQADDIS: Parlimen Israel, Knesset, secara rasmi dibubarkan awal pagi Jumaat selepas meluluskan rang undang-undang pembiayaan parti politik yang turut mengandungi peruntukan pembubaran badan perundangan itu dengan keputusan undian 62-0.

Menurut laporan The Times of Israel, langkah tersebut membuka laluan kepada pilihan raya umum Israel yang dijadualkan berlangsung pada 27 Okt 2026.

Susulan keputusan itu, Knesset memasuki tempoh rehat musim panas dan tidak akan bersidang semula sehingga parlimen baharu dibentuk selepas pilihan raya serta ahli-ahlinya mengangkat sumpah jawatan.

Pembubaran berkenaan berlaku ketika Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berdepan tekanan politik menjelang pilihan raya, selain peningkatan sokongan terhadap beberapa parti pembangkang berdasarkan tinjauan pendapat semasa.

Speaker Knesset, Amir Ohana, ketika mengumumkan pembubaran itu berkata penggal ke-25 Knesset merupakan antara yang paling mencabar dalam sejarah Israel.

Pembubaran tersebut kini membuka laluan kepada kempen pilihan raya menjelang pengundian pada 27 Okt depan.

 

Must Watch Video

Advertisement