Skip to main content

Dunia

NASA tarik balik arahan kecemasan pindahkan angkasawan di ISS

Astronauts on the International Space Station (ISS) were ordered to shelter in an attached spacecraft after the structure suddenly started leaking more air._REUTERS
ISS ketika ini menempatkan tujuh angkasawan daripada dua misi berbeza dan terus beroperasi seperti biasa sementara siasatan serta kerja pembaikan diteruskan. - Gambar Reuters

WASHINGTON: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) menarik balik arahan kecemasan untuk memindahkan angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selepas kebocoran udara yang mencetuskan amaran itu didapati tidak mengancam keselamatan kru.

Terdahulu, lima angkasawan diarahkan bersiap sedia untuk kemungkinan pemindahan apabila kebocoran udara di segmen Rusia stesen itu dilaporkan semakin serius. 

Mereka diminta memasuki kapsul SpaceX Crew Dragon dan memakai pakaian angkasa sebagai langkah berjaga-jaga.

Bagaimanapun, kira-kira dua jam kemudian, NASA membatalkan arahan tersebut dan membenarkan semua angkasawan kembali menjalankan operasi harian seperti biasa.

Langkah itu diambil bagi memastikan keselamatan kru sementara NASA bersama agensi angkasa Rusia, Roscosmos, menilai kadar sebenar kebocoran udara di modul Zvezda, iaitu komponen penting ISS.

Menurut Roscosmos, dua kebocoran dikenal pasti di stesen itu, dengan satu daripadanya berjaya ditutup, manakala usaha sedang dijalankan untuk menangani satu lagi kebocoran.

Walaupun kebocoran tersebut semakin meningkat berbanding sebelum ini, pihak berkuasa menegaskan ia masih belum mencapai tahap yang boleh mengancam keselamatan kru atau sistem stesen.

ISS ketika ini menempatkan tujuh angkasawan daripada dua misi berbeza dan terus beroperasi seperti biasa sementara siasatan serta kerja pembaikan diteruskan. - Agensi

Must Watch Video

Advertisement