Skip to main content

Dunia

Myanmar larang penggunaan telefon bimbit di sekolah

41574175814_SmartphoneUser.jpg
Larangan itu bertujuan mencegah penggunaan telefon bimbit secara berlebihan serta melindungi murid daripada kesan buruk penggunaan platform media sosial. - Gambar hiasan

YANGON: Kementerian Pendidikan Myanmar melarang murid di sekolah pendidikan asas daripada menggunakan telefon bimbit semasa waktu persekolahan, menurut akhbar harian milik kerajaan The Global New Light of Myanmar pada Ahad, lapor Xinhua.

Menurut laporan itu, kementerian berkenaan memaklumkan bahawa larangan itu bertujuan mencegah penggunaan telefon bimbit secara berlebihan serta melindungi murid daripada kesan buruk penggunaan platform media sosial yang tidak sesuai dengan umur mereka.

Kementerian turut mengeluarkan garis panduan untuk sekolah bagi memastikan murid menggunakan telefon bimbit dan platform dalam talian secara selamat dan berkesan sebagai alat pembelajaran, katanya.

Selain itu, kementerian akan bekerjasama dengan kementerian dan organisasi berkaitan untuk melaksanakan program kesedaran bagi ibu bapa, guru dan murid, serta inisiatif pendidikan keselamatan digital, menurut laporan itu lagi.

-- BERNAMA-XINHUA 

 

Must Watch Video

Advertisement