Skip to main content

Dunia

Lembaga Keamanan Trump adakan mesyuarat dua hari di Cyprus

U.S President Donald Trump, Vice President JD Vance, Albania's Prime Minister Edi Rama, Saudi Minister of State for Foreign Affairs, Cabinet Member, and Climate Envoy Adel Al-Jubeir, Azerbaijani President Ilham Aliyev, and Jordan's Foreign Minister Ayman Safadi present signed documents of the declaration of the funding donors to the Board of Peace, during the inaugural Board of Peace meeting at the U.S. Institute of Peace in Washington, D.C., U.S., February 19, 2026. REUTERS/Kevin Lamarque
Lembaga Keamanan dilancarkan oleh Trump awal tahun ini, bertujuan membangunkan rancangan damai untuk Gaza. - Foto fail/REUTERS

ATHENS: Lembaga Keamanan yang ditubuhkan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka mengadakan pertemuan di pulau Mediterranean Cyprus minggu depan, kata pegawai Cyprus pada Rabu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).

Mesyuarat itu dijadualkan pada 30 Jun dan 1 Julai, kata jurucakap kerajaan Konstantinos Letymbiotis kepada penyiar negeri RIK.

Beliau tidak mendedahkan pihak yang akan hadir, menegaskan bahawa Cyprus tidak terlibat dalam penganjuran perhimpunan itu dan hanya berkhidmat sebagai tuan rumah.

Lembaga Keamanan dilancarkan oleh Trump awal tahun ini, bertujuan membangunkan rancangan damai untuk Gaza.

-- BERNAMA-dpa

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement