Skip to main content

Dunia

Laos perketat tindakan banteras jenayah siber, penipuan dalam talian

81729245486_TBCYBERSECURITYB.jpg
Orang ramai turut digalakkan bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan segera melaporkan aktiviti mencurigakan, memberikan maklumat dan bukti. - Gambar hiasan

VIENTIANE: Kerajaan Laos sedang berusaha memperkukuh langkah bagi mencegah dan membanteras jenayah berkaitan internet, perjudian dalam talian serta penipuan dalam talian, lapor Xinhua.

Kementerian Keselamatan Awam Laos mengeluarkan pada Khamis notis yang menggesa agensi kerajaan, organisasi, zon ekonomi khas, pengendali kasino, perniagaan, pemilik hartanah, rakyat Laos, warga asing serta individu tanpa kewarganegaraan supaya berwaspada terhadap jenayah siber.

Notis itu menggesa semua pihak berkaitan meningkatkan kesedaran awam mengenai kaedah yang digunakan penjenayah siber, termasuk penipuan dalam talian. 

Orang ramai turut digalakkan bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan segera melaporkan aktiviti mencurigakan, memberikan maklumat dan bukti, serta membantu mengenal pasti dan menangkap pesalah.

Notis itu turut menggariskan tanggungjawab pemilik hartanah apabila pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap operasi perjudian dalam talian.

Kementerian berkenaan berkata notis itu bertujuan memperkukuh kerjasama di seluruh negara dalam usaha memerangi jenayah siber dan perjudian dalam talian, serta menyeru semua pihak berkaitan mematuhi sepenuhnya peruntukan yang ditetapkan.

--BERNAMA-XINHUA

 

Must Watch Video

Advertisement