Skip to main content

Dunia

AS lancar serangan balas terhadap Iran selepas dua anggota tenteranya terbunuh di Jordan

A projectile is fired during what the U.S. Central Command (CENTCOM) said were strikes on Iran, in this screen grab taken from a handout video released on July 12, 2026. U.S. Central Command/Handout via REUTERS THIS IMAGE HAS BEEN SUPPLIED BY A THIRD PARTY. MANDATORY CREDIT. VERIFICATION: - Reuters was not able to independently verify the location and the date when the video was filmed. - No earlier version of the video found posted online before July 12.
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) memaklumkan, operasi itu bermula pada jam 6 petang waktu tempatan, atas arahan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. - Gambar fail

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) melancarkan siri baharu serangan udara ke atas Iran pada Sabtu, sebagai tindak balas terhadap serangan yang mengorbankan dua anggota tenteranya di Jordan, manakala seorang lagi masih dilaporkan hilang.

Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) menerusi hantaran di platform X memaklumkan, operasi itu bermula pada jam 6 petang waktu tempatan, atas arahan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera.

Menurut CENTCOM, serangan itu bertujuan melemahkan keupayaan Iran mengancam laluan perkapalan komersial di Selat Hormuz serta membalas tindakan Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) yang didakwa melancarkan serangan ke atas anggota tentera AS di Jordan pada malam sebelumnya.

“Pada jam 6 petang waktu Timur hari ini, tentera Amerika Syarikat memulakan siri baharu serangan udara ke atas Iran atas arahan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera. 

"Serangan ini bertujuan terus melemahkan keupayaan Iran mengancam perkapalan komersial di Selat Hormuz serta menghukum dengan pantas Pasukan Pengawal Revolusi Islam (IRGC) yang melancarkan serangan ke atas anggota tentera Amerika di Jordan malam tadi,” menurut kenyataan itu.

Serangan terbaharu itu berlaku ketika ketegangan antara Washington dan Tehran terus memuncak selepas gencatan senjata sementara yang dimeterai kira-kira sebulan lalu gagal dipertahankan.

Sebelum ini, tentera AS mengesahkan dua anggotanya terbunuh manakala seorang lagi hilang selepas diserang di Jordan. Insiden itu menjadikan jumlah anggota tentera AS yang terkorban sejak konflik semasa bermula meningkat kepada 16 orang. - Agensi

Must Watch Video

Advertisement