WASHINGTON: Sistem pertahanan udara Kuwait kini sedang bertindak balas terhadap ancaman peluru berpandu dan dron “musuh”, umum Angkatan Tentera Kuwait awal Khamis ketika rantau itu terus berada dalam keadaan tegang susulan gencatan senjata yang rapuh antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, lapor Anadolu Ajansi.
“Sebarang letupan yang mungkin kedengaran adalah hasil sistem pertahanan udara yang memintas sasaran musuh,” menurut tentera dalam satu kenyataan.
Orang ramai turut digesa mematuhi arahan keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa berkaitan.
Ketegangan serantau meningkat sejak AS dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada Februari lepas. Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan terhadap Israel dan sekutu AS di Teluk serta menutup Selat Hormuz.
Gencatan senjata yang diusahakan menerusi pengantaraan Pakistan berkuat kuasa pada 8 April sebelum dilanjutkan tanpa had masa oleh Presiden AS Donald Trump.
-- BERNAMA-ANADOLU