Skip to main content

Dunia

10 pelajar maut, kebakaran musnahkan sekolah di Kenya

81435595400_KebakaranFire.jpg
Punca kebakaran masih belum diketahui dan pegawai penyiasat jenayah serta pakar forensik kini berada di lokasi kejadian. - Gambar hiasan

GILGIL (KENYA): Sekurang-kurangnya 10 pelajar maut manakala beberapa yang lain cedera pada awal pagi Khamis selepas kebakaran berlaku di asrama Utumishi Girls Academy di Daerah Nakuru, barat laut ibu negara Kenya, Nairobi, menurut pengesahan polis tempatan, lapor Xinhua.

Komander Polis Wilayah Rift Valley Samuel Ndanyi berkata kebakaran itu berlaku kira-kira 1 pagi waktu tempatan (2200 GMT Rabu) di sebuah asrama pelajar.

“Sekurang-kurangnya 10 pelajar disahkan maut dan mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital,” kata Ndanyi sambil memaklumkan yang pasukan bomba dikerahkan ke lokasi untuk mengawal kebakaran dan memindahkan pelajar dari asrama yang terjejas.

“Beberapa pelajar masih hilang dan proses pengiraan sedang dijalankan bagi menentukan jumlah sebenar,” kata beliau.

Punca kebakaran masih belum diketahui dan pegawai penyiasat jenayah serta pakar forensik kini berada di lokasi kejadian.

Persatuan Palang Merah Kenya mengesahkan kebakaran itu dilaporkan berlaku kira-kira 3.30 pagi (0030 GMT), sekali gus mencetuskan operasi menyelamat segera.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement