Skip to main content

Dunia

Kebocoran gas cetus kebakaran, lima ahli keluarga maut di Mesir

After the fire was extinguished, a truly shocking disaster was uncovered. The authorities found four charred bodies inside the house, accompanied by a strong stench of decay indicating that the deaths were not recent. The bodies belonged to members of a single family: the father, the mother, and two sons. There were also two young people (a son and a daughter) crying outside the house, appearing utterly devastated.
Kebocoran gas berlaku di sebuah pangsapuri mengakibatkan lima anggota daripada sebuah keluarga maut di Wilayah Giza, barat Kaherah, Mesir. - Foto media sosial

KAHERAH: Lima anggota daripada sebuah keluarga maut dalam kebakaran sebuah pangsapuri yang berpunca daripada kebocoran gas di Wilayah Giza, di barat ibu negara Mesir, Kaherah, lapor Xinhua yang memetik laman berita milik kerajaan, Al-Ahram, pada Khamis.

Siasatan awal mendapati, kebocoran gas mencetuskan kebakaran di sebuah pangsapuri di tingkat tujuh di Daerah Omraniya, mengorbankan seorang nenek, anak perempuannya serta tiga cucunya, menurut laporan itu.

Nenek berkenaan ditemukan maut di dalam pangsapuri yang terbakar, manakala anak perempuannya dan tiga kanak-kanak itu maut selepas terjun dari tingkat tujuh dalam usaha menyelamatkan diri daripada kebakaran, menurut hasil pemeriksaan awal.

Pasukan pertahanan awam dan ambulans bergegas ke lokasi selepas menerima laporan kecemasan, dan kebakaran berjaya dikawal, menurut media berkenaan.

Mayat mangsa dibawa ke hospital, manakala pihak pendakwaan membuka siasatan berhubung kejadian itu.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video

Advertisement