Skip to main content

Dunia

Jenazah Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei dibawa ke majlis penghormatan terakhir di Tehran

Iranian women shout slogans, as preparations are underway ahead of a farewell ceremony for Iran's late Supreme Leader Ayatollah Ali Khamenei, during a rally at Revolution Square in Tehran, Iran, July 2, 2026. REUTERS/Murad Sezer Foreign media in Iran operate under guidelines set by the Ministry of Culture and Islamic Guidance, which regulates press activity and permissions. ISRAEL OUT. NO COMMERCIAL OR EDITORIAL SALES IN ISRAEL. NO ACCESS FOR ISRAELI MEDIA. NO USE BBC PERSIAN. NO USE VOA PERSIAN. NO USE MAN
Wanita-wanita Iran melaungkan slogan ketika persiapan sedang dijalankan menjelang upacara penghormatan terakhir untuk Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei, yang meninggal dunia, semasa satu perhimpunan di Dataran Revolusi di Tehran, Iran, pada 2 Julai 2026. - Gambar Reuters

ISTANBUL: Jenazah Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei dibawa ke satu majlis penghormatan terakhir di Tehran pada malam Khamis, lapor Anadolu Ajansi memetik agensi berita Iran, IRNA.

Majlis itu dihadiri ribuan anggota keluarga mangsa yang terbunuh dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel, yang berkumpul dalam suasana pilu berhampiran lokasi Khamenei terbunuh.

Khamenei terbunuh dalam serangan AS-Israel ke atas Iran pada 28 Feb, insiden yang mencetuskan perang selama beberapa minggu dan meningkatkan ketegangan di seluruh rantau itu.

Majlis memperingati Khamenei secara rasmi akan diadakan pada Jumaat, 3 Julai, dengan penyertaan ketua negara, pegawai kanan dan pemimpin agama.

Majlis penghormatan terakhir akan diteruskan di Tehran pada 4 dan 5 Julai, sebelum perarakan pengebumian utama di ibu negara itu pada 6 Julai.

Upacara pengebumian kemudian akan berpindah ke kota suci Qom pada 7 Julai.

Pada 8 Julai, upacara dijadual diadakan di Iraq termasuk di Baghdad, Najaf dan Karbala, dengan jenazah akan disambut oleh tokoh agama dan politik serta dibawa ke beberapa makam utama Syiah.

Majlis pengebumian dan pemakaman terakhir dijadual berlangsung pada 9 Julai di Makam Imam Ali Reza di bandar Mashhad, timur laut Iran. 

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video

Advertisement