Skip to main content

Dunia

Jemaah haji tunai tawaf ifadah di Masjidil Haram

MEKAH, 25 Mei -- Jemaah haji dari seluruh dunia melakukan tawaf mengelilingi kaabah pada hari tarwiyah di Masjidil Haram hari ini.  Hari Tarwiyah menandakan permulaan ibadah haji, jemaah akan mula bermalam di Mina dan bersiap sedia untuk berwukuf di Arafah pada keesokan harinya pada 9 Zulhijjah 1447H bersamaan 26 Mei 2026.  --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
- Foto BERNAMA

MINA: Jemaah haji menunaikan Tawaf Ifadah di Masjidil Haram pada Rabu selepas selesai berwukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan melaksanakan ibadah melontar di Jamratul Aqabah, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Urusan itu dipermudahkan menerusi sistem komprehensif merangkumi perkhidmatan organisasi, kesihatan, dan keselamatan yang disediakan oleh pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan kelancaran pergerakan serta keselamatan jemaah sepanjang melaksanakan ibadat berkenaan.

Masjidil Haram menyaksikan kebanjiran besar jemaah yang menunaikan Tawaf Ifadah di bawah pengawasan langsung sektor berkaitan, yang mengerahkan sumber manusia dan teknologi mereka demi menyantuni jemaah serta memudahkan pergerakan mereka dengan lancar dan efisien.

Jemaah haji akan meneruskan baki ibadah mereka di Mina pada Hari-Hari Tashriq untuk melontar di ketiga-tiga Jamrat. Mereka kemudiannya akan mengakhiri ibadah Haji dengan Tawaf Widak (Tawaf Selamat Tinggal) sebelum bertolak meninggalkan Mekah.

-- BERNAMA-SPA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement