Skip to main content

Dunia

Israel saman NYT, pelapor PBB pertahan laporan

United Nations Special Rapporteur on the situation of human rights in the occupied Palestinian territory, Francesca Albanese, attends a press conference at the European headquarters of the UN in Geneva, Switzerland, September 15, 2025. REUTERS/Pierre Albouy
Albanese (foto) mempertahankan laporan itu dan menyatakan ia mencerminkan sebahagian daripada realiti yang lebih luas berhubung situasi di lapangan. -Gambar fail/Reuters

BAITULMUQADDIS: Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Albanese, mengkritik tindakan Israel memfailkan saman fitnah terhadap akhbar Amerika Syarikat, The New York Times (NYT).

Langkah undang-undang itu diambil selepas NYT menerbitkan laporan siasatan mengenai dakwaan keganasan seksual terhadap tahanan Palestin di penjara Israel.

Kementerian Luar Israel menyifatkan laporan tersebut sebagai pembohongan yang menjijikkan dan memutarbelitkan fakta sebelum mengumumkan tindakan saman berkenaan.

Bagaimanapun, Albanese mempertahankan laporan itu dan menyatakan ia mencerminkan sebahagian daripada realiti yang lebih luas berhubung situasi di lapangan.

“Laporan itu tepat, namun hanya menyentuh sebahagian kecil daripada isu sebenar,” katanya dalam satu hantaran di platform X.

 

 

Dalam siri kenyataan susulan, beliau turut merujuk beberapa laporan agensi antarabangsa yang mendokumentasikan kes keganasan seksual dalam konteks penahanan rakyat Palestin sejak Oktober 2023.

Menurut Albanese, isu tersebut perlu dilihat dalam konteks lebih luas berkaitan hak asasi manusia, dan menegaskan siasatan lanjut diperlukan.

Pertikaian undang-undang ini menarik perhatian antarabangsa memandangkan NYT merupakan antara akhbar berpengaruh di Amerika Syarikat.

 

Must Watch Video