NEWS YORK: Bom api Israel menyebabkan keluarga kehilangan tempat tinggal di Gaza semalaman, dan pengembangan Garisan Kuning menghalang keluarga daripada pulang ke rumah mereka, kata anggota kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu, lapor Xinhua.
Orang ramai kehilangan tempat tinggal semalaman di kawasan Beit Lahia di kawasan gabenor Gaza Utara, kata Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA).
Sekitar tengah malam, kira-kira 30 isi rumah dilaporkan melarikan diri apabila kereta kebal mara ke arah Persimpangan Al Atatra di Beit Lahia.
Dilaporkan, sebuah dron quadcopter menjatuhkan amunisi pembakar yang menyebabkan tiga khemah terbakar, kata OCHA.
Walaupun kebanyakan keluarga boleh pulang selepas tentera berundur, enam isi rumah tidak dapat pulang kerana blok simen kuning dipasang berhampiran tempat kediaman mereka.
Meletakkan blok sedemikian menandakan perluasan ke kawasan berpenduduk yang dipanggil Garisan Kuning, di mana kekerasan yang membawa maut sering digunakan, kata pejabat itu.
"Rakan kongsi kemanusiaan membantu keluarga yang baharu kehilangan tempat tinggal atau kehilangan harta benda," kata OCHA.
-- BERNAMA-XINHUA