Skip to main content

Dunia

Ireland kenakan sekatan perjalanan terhadap dua menteri kabinet Israel

FB Jim O'Callaghan TD
Jim O'Callaghan memperkenalkan sekatan perjalanan terhadap Menteri Keselamatan Negara Israel Itamar Ben-Gvir dan Menteri Kewangan Bezalel Smotrich. - Gambar Facebook Jim O'Callaghan

ISTANBUL: Perdana Menteri Ireland, Micheal Martin mengesahkan pada Jumaat bahawa kerajaannya telah mengenakan sekatan perjalanan terhadap dua menteri Kabinet Israel, lapor Anadolu Ajansi memetik penyiar tempatan.

Menteri Kehakiman Ireland, Jim O'Callaghan telah memperkenalkan sekatan perjalanan terhadap Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir dan Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich, kata Martin ketika beliau berada di Montenegro untuk menghadiri Sidang Kemuncak EU-Balkan Barat, menurut penyiar RTE.

Sambil menegaskan, tindakan dan kata-kata kedua-dua menteri berkenaan "mencerminkan hasrat untuk melihat penghapusan rakyat Palestin dari Palestin", Martin turut menggesa agar Kesatuan Eropah (EU) mengambil langkah lanjut terhadap mereka.

"Pada pandangan saya, tingkah laku mereka mewajarkan sekatan di peringkat EU juga, dan itu adalah sesuatu yang akan kami bangkitkan; sama ada kami mendapat sokongan yang mencukupi di seluruh Kesatuan Eropah adalah satu perkara lain," katanya.

Jurucakap kepada O'Callaghan berkata, sekatan perjalanan ke atas kedua-dua menteri Israel itu dilaksanakan susulan persetujuan yang dicapai oleh kerajaan awal minggu ini.

-- BERNAMA-ANADOLU

Must Watch Video

Advertisement