Skip to main content

Dunia

Iran tegas tidak mula rundingan perjanjian akhir jika terus diancam AS

Iranian Foreign Minister Abbas Araghchi looks on during a meeting with Director General of the International Atomic Energy Agency (IAEA) Rafael Grossi, and Egyptian Foreign Minister Badr Abdelatty, at Tahrir Palace in Cairo, on Sep 9, 2025. (File photo: AP/Khaled Elfiqi)
Abbas Araghchi (foto) berkata pendirian itu selaras dengan Fasal 13 Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai di antara Tehran dan Washington sebelum ini. -Gambar fail/AP

TEHRAN: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, menegaskan rundingan mengenai perjanjian akhir dengan Amerika Syarikat (AS) tidak akan dimulakan selagi ancaman terhadap negaranya berterusan.

Beliau berkata pendirian itu selaras dengan Fasal 13 Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai di antara Tehran dan Washington sebelum ini.

Sambil menggesa AS menghormati komitmen yang dipersetujui dalam memorandum tersebut, Araghchi berkata jutaan rakyat Iran berhimpun bagi memberikan penghormatan terakhir sempena upacara pengebumian Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei.

"Rakyat Iran dan Angkatan Tentera kami yang berani tidak akan terpengaruh dengan sebarang ancaman," katanya menerusi hantaran di platform media sosial X pada Selasa.

 

 

Kenyataan itu dibuat susulan amaran Presiden AS, Donald Trump, bahawa pentadbirannya sama ada akan mencapai persetujuan baharu dengan Iran atau mengambil tindakan lebih tegas bagi menamatkan konflik berkenaan.

Bercakap kepada pemberita di Pejabat Oval pada Isnin, Trump mendakwa AS mampu melumpuhkan infrastruktur termasuk jambatan dan bekalan tenaga Iran dalam tempoh singkat, selain mendakwa Tehran kini berdepan tekanan kewangan akibat sekatan ekonomi yang dikenakan.

 

Must Watch Video

Advertisement