Skip to main content

Dunia

Iran gantung sementara serangan balas selepas AS henti serangan udara

A man walks next to a symbolic mockup of an Iranian missile and an Iranian flag at Imam Hussein Square in Tehran, Iran, July 12, 2026. Majid Asgaripour/WANA (West Asia News Agency) via REUTERS
Perkembangan itu berlaku ketika kedua-dua pihak dilihat mengurangkan intensiti ketenteraan susulan konflik yang menjejaskan kestabilan laluan perkapalan di Selat Hormuz dan Bab al-Mandeb. -Gambar fail/Reuters

TEHRAN: Iran mengumumkan pihaknya menggantung sementara siri serangan balas terhadap aset ketenteraan Amerika Syarikat (AS) di Asia Barat selepas Washington dikesan menghentikan operasi serangan udara ke atas negara itu sejak dua malam lalu.

Menurut AFP, perkembangan itu berlaku ketika kedua-dua pihak dilihat mengurangkan intensiti ketenteraan susulan konflik yang menjejaskan kestabilan laluan perkapalan di Selat Hormuz dan Bab al-Mandeb.

Jurucakap tentera Iran berkata strategi ketenteraan Tehran bersifat tindak balas dan operasi berkenaan digantung sementara berikutan ketiadaan serangan baharu oleh pihak AS.

Setakat Ahad, tiada serangan baharu dilapor menyasarkan aset ketenteraan AS di negara Teluk, manakala Pentagon juga tidak melancarkan sebarang serangan udara baharu untuk tempoh dua malam berturut-turut.

Konflik itu sebelum ini mencetuskan kebimbangan antarabangsa berikutan gangguan terhadap pelayaran komersial dan perdagangan tenaga global, khususnya di Selat Hormuz yang merupakan antara laluan penghantaran minyak terpenting dunia.

Bagaimanapun, tentera Iran memberi amaran bahawa konflik itu boleh berkembang ke kawasan yang lebih luas sekiranya Washington memilih untuk meneruskan semula serangan udara terhadap negara berkenaan.

 

Must Watch Video

Advertisement