ISTANBUL: Timbalan Menteri Luar Iran Kazem Gharibabadi pada Sabtu berkata Tehran menggantung komitmennya di bawah memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai baru-baru ini selepas "Amerika Syarikat (AS) melanggar komitmennya," lapor Anadolu Ajansi (AA).
"AS telah melanggar dan menggantung semua komitmennya dalam rangka kerja MoU Islamabad," kata Gharibabadi dalam kenyataan yang disiarkan agensi berita separa rasmi Iran, Fars.
"Kami juga telah menggantung komitmen kami, tidak lagi melaksanakannya dan kini memberi tumpuan kepada usaha mempertahankan negara," katanya.
Ketegangan di Asia Barat terus memuncak ketika AS dan Iran terus berbalas serangan.
Peningkatan ketenteraan itu berlaku walaupun memorandum persefahaman yang diusahakan menerusi pengantaraan Pakistan telah dimeterai pada Jun bagi menamatkan perang dan mencapai perjanjian damai yang berkekalan.
-- BERNAMA-ANADOLU