Skip to main content

Dunia

Harga minyak jatuh ke paras terendah susulan perjanjian damai AS-Iran

U.S. and Iranian flags, 3D printed oil barrels and rising stock graph are seen in this illustration taken March 23, 2026. REUTERS/Dado Ruvic/Illustration
Minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa, susut 2.2 peratus kepada AS$77.83 setong (kira-kira RM320.5), manakala West Texas Intermediate (WTI) merosot 2.7 peratus kepada AS$74.70 setong (kira-kira RM307.6). -Gambar hiasan/Reuters

LONDON: Harga minyak mentah dunia jatuh ke paras terendah sejak awal konflik Asia Barat selepas Amerika Syarikat (AS) dan Iran menandatangani memorandum persefahaman (MoU) damai interim, lapor Independent.

Perkembangan itu membuka laluan kepada pembukaan semula Selat Hormuz serta penamatan sekatan ketenteraan laut oleh Washington.

Minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa, susut 2.2 peratus kepada AS$77.83 setong (kira-kira RM320.5), manakala West Texas Intermediate (WTI) merosot 2.7 peratus kepada AS$74.70 setong (kira-kira RM307.6).

Menurut Reuters, kejatuhan tersebut hampir menghapuskan premium risiko perang yang terkumpul sepanjang tiga bulan lalu, menghampiri paras sebelum konflik memuncak pada akhir Februari.

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif, yang bertindak sebagai antara negara pengantara berkata draf perjanjian itu telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

“Perjanjian ini berkuat kuasa serta-merta bagi memastikan pergerakan kapal perdagangan di Selat Hormuz untuk tempoh awal 60 hari,” katanya.

Menurut laporan media, pemeteraian rasmi pelan jangka panjang dijangka berlangsung di Switzerland pada Jumaat.

Pasaran turut menjangkakan kemasukan semula bekalan minyak Iran dalam tempoh terdekat susulan langkah AS mempertimbangkan pengecualian sekatan ekonomi bagi membolehkan Tehran menyambung eksport komoditi tersebut.

 

Must Watch Video

Advertisement