Skip to main content

Dunia

Hamas sambut baik laporan Amnesty berhubung kempen pembersihan etnik di Tebing Barat

 Israel has approved the establishment of dozens of new Jewish settlements in the West Bank, an Israeli watchdog group said on Thursday (April 9), amid a rise in settler attacks on Palestinians across the occupied territory.
Hamas dalam kenyataan rasmi menegaskan bahawa dapatan laporan itu mengesahkan keganasan oleh pendatang haram Israel bukan insiden terpencil, sebaliknya sebahagian daripada kempen sistematik yang didakwa dipimpin dan disokong oleh kerajaan Israel. -Gambar fail/Reuters

GAZA: Kumpulan pejuang Palestin, Hamas, menyambut baik laporan terbaharu oleh pertubuhan hak asasi manusia global, Amnesty International, yang mengecam tindakan pihak berkuasa Israel dan pendatang haram di Tebing Barat sebagai satu kempen pembersihan etnik.

Hamas dalam kenyataan rasmi menegaskan bahawa dapatan laporan itu mengesahkan keganasan oleh pendatang haram Israel bukan insiden terpencil, sebaliknya sebahagian daripada kempen sistematik yang didakwa dipimpin dan disokong oleh kerajaan Israel.

Kumpulan itu menyatakan tindakan berkenaan mencabuli konvensyen serta undang-undang antarabangsa.

 

 

Hamas turut berkata penegasan Amnesty mengenai sikap berdiam diri dan ketiadaan tindakan daripada masyarakat antarabangsa telah menggalakkan Israel untuk terus melakukan tindakan terbabit.

Situasi itu disifatkan sebagai kegagalan masyarakat dunia dalam melaksanakan tanggungjawab kemanusiaan.

Menyifatkan laporan tersebut sebagai penting, Hamas menggesa agar tindakan lebih tegas diambil, termasuk mengaktifkan prosiding undang-undang antarabangsa terhadap pemimpin Israel atas dakwaan jenayah perang.

 

Must Watch Video

Advertisement